Asal Usul Patung Barbie

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera (:

tadi terfikir pulak dari mana patung barbie ni wujud dan sape yang cipta idea ni. Pastu aku rajin-rajinlah cari kat google. 

Masa kecik pantangg nampak patung barbie kat giant atau megamall , mesti sepakat dengan adik pujuk emak dan kalau mak tak bagi duduk je kat situ pastu belek2 patung tu, last2 mak beli yang murah je. memang taksabar nak main kat rumah sampai terjerit2. haha kenangan betul .








Ok teruskan.
Barbie ni sejenis alat permainan anak patung keluaran Mattel, Inc yang start dan dilancarkan pada Mac 1959, uishh lame tuu. Ruth Handler iaitu Ahli Perniagaan A.S dikreditkan sebagai penghasil selepas mendapat ilham daripada anak patung Jerman Bild Lilli. Biasanya orang perempuan je yang banyak main patung Barbie ni tak kira kanak-kanak atau remaja.

Semua orang tahu yang barbie ni terkenal sebagai seorang gadis yang jelita, modern, bergaya, ada beribu-ribu koleksi pakaian yang cantik, teman lelaki yang tampan, hidup dalam kegembiraan dan macam2 lagi . Fuhh dasyat. Sebenarnya taklah sempurna mana sebab hakikatnya dia terlalu kurus .

Sejarah Barbie menurut Wikipedia:

Barbie dicipta oleh Ruth Handler, yang melihat anaknya Barbara memberi watak dewasa kepada anak patung kertasnya. Tetapi suaminya Elliot, seorang pengasas bersama syarikat permainan Mattel tidak berapa bersemangat. Selepas terjumpa anak patung Bild Lilli di Eropah pada 1956, Ruth mengerjakan semula reka bentuk anak patung tersebut dan memberi nama Barbie, sempena nama anaknya. Anak patung ini diperkenalkan kepada dunia di Pameran Alat Permainan Antarabangsa Amerika Syarikat di Bandar Raya New York pada 9 Mac 1959.[1] Tarikh ini juga digunakan sebagai hari lahir rasmi Barbie.
Sewaktu diperkenalkan, Barbie merupakan anak patung yang berpakaian fesyen remaja. Namun, kontroversi tercetus apabila ramai yang mempertikaikan ukuran badan Barbie iaitu 36 (dada), 18 (pinggang), 38 (pinggul), tidak relevan dengan ukuran manusia normal.[2] Walaupun begitu, anak patung ini tetap mendapat sambutan dan akhirnya pada tahun 1969, buat pertama kalinya Barbie mempunyai sepasang kaki yang boleh dibengkokkan. 


Barbie mempunyai seorang "kekasih" bernama Ken, diperkenalkan pada 1961, yang namanya pula diambil sempena nama anak lelaki Ruth, Kenneth.

Logo Barbie : 

Lagu Barbie yang femes: haha 


Laman web Barbie 




tu belum cerita lagi pasal orang yang sanggup belanja2 ribu2 makeover dia punye badan sebab nak bentuk badan macam barbie . Fuhh yang tu tak tahu ah nak cakap ape. Barbie in Real Life:




Sambung nanti ye. KBYE
xx

Timbang Berat Blog

Hai semua,
setelah sekian lame aku tak update.

  Aku nak beritahu serba sedikit tentang cara nak timbang blog korang.

Kalau blog korang berat, lambatlah mase die nak loading.
Biasenya mengambil masa beberapa saat je. Kalau dah sampai minit maknenye dah memang overweight dah tu.
So, kat bawah tu dia ada tulis apa yang menyebabkan blog korang berat. Korang bolehlah delete apa-apa yang tak patut tu .

Ok, cara-cara dia,

korang pergilah dekat laman web ni : http://www.pagescoring.com/website-speed-test/

dan taip laman web korang, dalam beberapa saat dia akan paparkan details2 yang berkaitan.







Ok bye. sekian