Amalan Sunnah ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri ^^

salam Sejahtera ;)



Raya tu raya jugak... tapi jangan lupa amalan-amalan sunat yang boleh dilakukan ketika Hari Raya Puasa. Kadangkala kegembiraan menyambut hari raya melebihi segala-galanya sehingga kita lalai dan lupa dengan amalan-amalan sunat yang boleh dilakukan. 

Aidilfitri ialah hari merayakan kejayaan bagi orang-orang yang melaksanakan puasa, melakukan solat tarawih dan ibadah-ibadah lain. Kita meraikan kemenangan melawan dan mendidik nafsu. Justeru, marilah sama-sama kita hiasi Syawal ini dengan amalan berteraskan sunnah dan syiar Islam agar kita terus beroleh ganjaran pahala dan keampunan.

Antara amalan-amalan yang dituntut ketika menyambuat Hari Raya Aidilfitri ialah :-

1. Memastikan menyempurnakan zakat fitrah bagi diri sendiri dan tanggungan. 

2. Memperbanyakkan amalan sunat pada malam hari raya. Ingatlah empat
malam istimewa seorang hamba beribadah kepada Allah. Allah akan melipatgandakan ganjaran pahalanya, apabila memohon taubat diampunkan dosanya dan apabila berdoa dimakbulkan doanya iaitu malam Nifsu Syaaban, malam pertama ‘Idul Fitri, malam pertama ‘Idul Adha dan malam Arafah.

3. Memperbanyakkan bertakbir, bertahmid dan bertahlil kepada Allah. Lazimilah mulut kita dengan kalimah Takbir ‘Idul Fitri.

4. Menghiaskan diri dan tempat agar kelihatan bersih dan indah.

5. Mandi sunat Idul Fitri pada pagi hari raya dengan niat : “Sahaja Aku Mandii Sunat Idul Fitri Kerana Allah Taala”

6. Memakai pakaian yang baru/bersih sebagai tanda kesyukuran ke hadrat Allah Taala

7. Mengelakkan pembaziran ketika menyambut hari raya dengan persiapan yang sederhana. 

8. Memakai wangi-wangian pada pagi hari raya.

9. Menjamah makanan sebelum menuju ke surau atau masjid. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Daripada Buraidah, berkata ia, adalah Rasulullah SAW tidak keluar rumah pada hari raya fitrah kecuali selepas ia makan dan ia tidak makan pada hari raya adha kecuali selepas kembali ke rumah”

10. Memohon keampunan dan bermaafan-maafan dengan ibubapa, suami isteri, anak-anak, saudara mara, jiran tetangga dan sebagainya. 

11. Disunatkan pergi dan balik ke masjid menggunakan jalan yang berlainan dan lebih afdal berjalan kaki jika ia tidak terlalu jauh. Rasulullah SAW bersabda yang beremaksud : “ Dari Abi Hurairah, berkata ia, adalah Nabi SAW keluar pada hari raya dan kembali dengan jalan yang lain dari jalan ia keluar daripadanya”

12. Menunaikan solat sunat hari raya dan mendengar khutbah dengan penuh penghayatan

13. Ziarah menziarahi kaum keluarga, sahabat handai, jiran tetangga dan sebagainya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Hubungkanlah silaturahim ke atas mereka yang telah memutuskan hubungan dengan kamu dan berbuat baiklah ke atas sesiapa yang berbuat kejahatan terhadap kamu”

14. Bersedekah kepada mereka yang memerlukan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya sedekah seorang Muslim itu menyebabkan dipanjangkan umur, mengelak mati dalam kehinaan, menghilangkan perasaan takabbur dan bangga diri (Riwayat Tabrani)

15. Mengelak sambutan hari raya daripada perkara yang ditegah oleh syarak seperti pesta hiburan melampau, pergaulan bebas tanpa batas seperti menonton wayang, menganggu ketenteraman awam dengan merempit dan lain-lain lagi.

Hari raya bukan semata-mata hari untuk bergembira tetapi yang lebih penting dan utama ialah mendapat keredhaan dari Allah s.w.t.  betol x ??

Sekadar kongsi-II
;D
XD
XP

No comments:

Post a Comment

Thanks for comment =) Realy appreciate it . okey ?