Sifat wanita melalui cara berjalan -^^-

Salam Sejahtera XD


Perwatakan / sifat wanita juga boleh diketahui melalui cara mereka berjalan . Terdapat 7 jenis wanita berjalan :-


  •                          Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah                                                
  Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan suka menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual . Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya . Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja . Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

  • Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

 Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia . Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, Namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya . Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan. 

  • Suka Menunduk


Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup . Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai . Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya . Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan . Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan . Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

  • Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

 Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya . Jangan sekali-kali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar . Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat . Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas .

  • Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

 Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku . Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil . Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan . Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri .

  • Badan Nampak Tegak

  Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu . Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain . Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh . Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawab terhadap apa yang pernah dilakukannya . Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya . 

  • Berjalan seperti Zirafah

   Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang . Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya . Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung . Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebanyak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata .

#Tapi,tak semestinya gak . Bergantung pade sifat dan diri seseorang pulak ^^


No comments:

Post a Comment

Thanks for comment =) Realy appreciate it . okey ?