Produk Kecantikan yang Bahaya .

Klik utk lebih jelas :)

          Orang Awam dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik seperti tersenarai di bawah. Produk-produk tersebut telah didapati mengandungi bahan larangan, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius.

              Produk seperti tersenarai di bawah tidak lagi dibenarkan diimport/ dikilang/ diedar/ dijual di negara ini dan Pihak Berkuasa  telah mengarahkan supaya semua stok produk berkenaan di keluarkan dari pasaran. 

5 produk kecantikkan yang baru sahaja dibatalkan notifikasinya dibawah ini sangat bahaya kerana dicampur dengan bahan larangan termasuklah racun dan bahan kimia lain. Produk-produk dibawah ini juga tidak dibenarkan lagi dijual dinegara ini, produk tersebut ialah:

1) Cellnex Anti-Sensitive Essence
    2) Natural 99 Night Cream    
3) Natural 99 Day Cream 
4) SF Beauty Night Cream (Facial)
   5) SF Beauty Day Cream (Facial)

Produk-produk tersebut kebanyakkannya mempunyai mercury. Mercury ini sangat bahaya dan boleh menyebabkan kanser, buah pinggang dan lain-lain lagi. 




No comments:

Post a Comment

Thanks for comment =) Realy appreciate it . okey ?