Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa 2015 (1st Day)


Hai friends,

              dalam post ni saye nak bercerite tentang Lawatan ke PBAKL 2015 { tahun lepas} bersama kawan2 satu sekolah,

     Lawatan ni dirancang oleh saye dan Anabiha selaku AJK Kelab Geografi dan Sejarah bersama Cikgu Kamariah ( guru kelab) . Disebabkan terlampau xcited, hampir seminggu kami sanggup tak masuk kelas sbb nak uruskan lawatan ni. yelah, dah nak siapkan kertas kerja cepat2 , ambik pengesahan pengetua lagi, cari hotel lagi , fuhh mase tu mmg agak kelam kabut.
 Kelab ni sikit je orang, so, nak cukupkan ahli lawatan mmg kena cari satu sekolah . Kalau tak cukup, dibatalkan .

          Dengan pertolongan cikgu2 yang mahir iaitu cikgu kaunselor akhirnye lawatan ni jadi walaupun masih tak cukup beberapa orang dan selepas keluar-masuk pejabat, bilik guru dan sebagainya . Adik saye pon ikut jugak sbb nak tambah orang . Bukan senang sebenarnya

     Kitorang sebagai senior dalam kelab berpakat nak buat lawatan ni 2 hari 1 malam je .
kite menginap dekat Ampang Business Hotel bersebelahan dengan Tesco Ampang 

yang warna kuning

sumber dari google
      kitorang bertolak pagi, dan sampai lewat tengahari jugaklah . Sampai KL terus pergi PWTC.

     Disebabkan hari pertame PBAKL, jadi tak ramai sangat orang . Tapi mmg excited n happy giler sbb first time sampai sane . Banyak gile bukuuuuuuuu dan promotion yang perghhh , takyah cakaplah rambang mata tu mmg sgt2

      sampai2 tu perut dahlah lapar, makanan yg dijual kat luar tu mahal pulak. tahan jelah . Cadang nak belilah buku dulu. booth kat tingkat bawah mmg best tapi rupenye tingkat atas lagi best lah wei . Kat tingkat due banyak jual novel, tapi saye bukan peminat novel cinta so, mmg tak layan . tengok2 je 

        Tingkat 3 lagi best sbb ade Team majalah Ujang, dan APO siap jumpe kartunis lagi, HAHA tapi tak sempat ambik gambar sbb beratur , booth die besar gedabak sbb mungkin special kan. 
Sebelah tu pulak ade Team Majalah Gempak Starz, diorang tengah buat game dan siape2 je boleh sertai asalkan beli komik yang harge RM10.00 kat atas dan boleh menang wang tunai, dan hadiah yang best2 (tak ingat dah). Sempat jugak lalu dekat Team Malaysian Translators Association/ Persatuan Penterjemah Malaysia yang tengah live dekat RTM1 rasenye . Diorang tengah berforum tentang tajuk hargai ape ntah, tak ingat. sorry 

     Lepas jalan sampai kat tingkat atas sekali, bersyukur sbb ade restoran yang makanan die affordable dan halal  Walaupun agak mahal tapi taklah mahal mcm kat luar PWTC tadi. Masetu, saye jalan dengan adik saye je sbb yang lain dah penat. Kami pun belilah Nasi Goreng Cina dan makan kat situ beberapa minit. Lepas siap, sambung pulak jenjalan dekat booth lain seperti PTS dan Gedebook Publications dan banyak lagi. Tapi tak sempat nak singgah dekat Blue T Pubblication ( Ana Muslim ) sebab tak sempat ( tak ingat sebenarnya ). Lepas siap membeli kami pun keluar dari bangunan yang semakin dipadati manusia sebab kena berkumpul . nasib dah makan, kalau tak mmg kebulur lah


Sebenarnya banyak lagi gambar, tapi dah delete T^T ni tinggal baki je
 gambar mase First Day :
barang yang dibeli, kihkih

mase dalam bas

gambar kwn dekat booth arabic ape ntah

hehe, sorry curi gambar kau

dengan K. Ain Maisarah yg cute tu haha tapi saye takde dlm gambar

Throwback je ni, hukhuk
kalau terkurang maaflah sbb dah lame dah ni, hampir luput dah ingatan ku dan Maaf gambar blur,

Ok tu je untuk First Day, untuk next places sambung post seterusnya

No comments:

Post a Comment

Thanks for comment =) Realy appreciate it . okey ?